Save Gaza: Zayn Malik One Direction Terima Ugutan Bunuh Isu ‘Tweet’ Konflik Palestin!
Isu semasa di Gaza Palestine menentang Israel – Foto mStar AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik menerima ugutan bunuh daripada peminatnya yang kecewa terhadap beliau kerana menulis tentang isu klonflik di Gaza di Twitter. Penyanyi berusia 21 tahun itu berkongsi hastag #FreePalestine (#BebasPalestin) di akaun Twitternya yang mempunyai seramai 13 juta pengikut. Tweet Zayn Malik […]
ARTIKEL PENUH
Isu semasa di Gaza Palestine menentang Israel – Foto mStar
AHLI kumpulan One Direction, Zayn Malik menerima ugutan bunuh daripada peminatnya yang kecewa terhadap beliau kerana menulis tentang isu klonflik di Gaza di Twitter.
Penyanyi berusia 21 tahun itu berkongsi hastag #FreePalestine (#BebasPalestin) di akaun Twitternya yang mempunyai seramai 13 juta pengikut.
Tweet Zayn Malik diulang tweet (retweet) sehingga 130,000 kali.
Sebaik sahaja dia memuat naik status itu di Twitter, peminat-peminatnya di Israel mula menyerangnya dengan memberitahu dia “kill himself” (bunuh diri anda sendiri) malah terdapat kenyataan berbaur ugutan “Let me kill you.” (Biarkan saya bunuh anda).
Seorang pengikutnya menulis: “Zayn should say what he said I mean if we’re such a terrorists like he said why wouldn’t we kill him for saying that @ zaynmalik.” (Zayn tidak mengatakan apa yang dia katakan, maksud saya jika kita umpama pengganas seperti yang dia katakan, kenapa tidak kita membunuh dia kerana berkata begitu @zaynmalik.)
Manakala yang lain menyatakan bahawa dia akan kehilangan semua peminatnya dari Israel.
Zayn bagaimanapun bukan merupakan selebriti pertama yang dikritik kerana menunjukkan sokongan buat rakyat Palestin. Penyanyi pop, Rihanna turut pernah dikritik kerana menulis #FreePalestine di akaun Twitternya yang diikuti seramai 36.4 juta pengikut, beberapa minggu lalu.
Rihanna turut mengalami nasib yang sama seperti Zayn apabila dikritik kerana mengeluarkan status berkenaan di Twitter. – mirror.co.uk / mStar