Jom Layan Gambar-gambar Kepulangan 'Putri Raysha' Pasangan Fasha Dan Suami Menyambut Majlis Adat!








Amboi seronoknya tengok artis-artis kita yang baru menimang cahaya mata pada bulan November ini. Lepas satu.. satu.. macam berjanji pulak!





Salah seorang selebriti yang baru sahaja menimang cahaya mata ialah Fasha Sandha. Memang comellah anak Fasha dan suami, Rizal Ashram Ramli (Jejai) lagi-lagi bayi kedua milik pasangan ini ialah baby girl.

Cuba anda tengok …putih gebu benor bayi Fasha yang diberi nama Putri Raysha Jemaima ini kan.






Dengar-dengar atuk dan nenek Putri Raysha ini sangat teruja menerima cucu sulung perempuan dari Jejai sampai melakukan beberapa adat bagi menyambut kepulangan menantu dan cucu mereka.



Putri Raysha disambut dengan adat seperti direnjis air mawar dan ditabur beras kunyit ketika tiba di rumah mertuanya.

Bayi comel ini turut diberi manis-manisan seperti yang disunatkan umat islam seperti kurma, gula dan air zam zam.

Difahamkan, adat ini sememangnya menjadi adat wajib yang dilakukan keluarga Jejai bagi menyambut setiap cucu yang pertama kali pulang ke rumah.

Lebih menarik, ibu Jejai turut menyediakan gelaran nama tersendiri kepada puteri Fasha iaitu Cahaya Murni.

Wah, terpamer kegembiraan keluarga ini menerima cahaya mata kedua daripada Fasha dan Jejai.

Jom layan gambar-gambar ketika adat ini dijalankan.. 









Oleh: KAKAK BUNGA

Contact Form

Name

Email *

Message *