Zizan Bekukan Akaun Wireframe , Rakan Kongsinya Marina Juki Enggan Memberi Komen!






PELAKON dan pelawak, Zizan Razak bersama rakan kongsinya yang juga Pengarah Urusan Wireframe (WFM), Marina Juki. – Foto KOSMO! KUALA LUMPUR – Pengarah urusan syarikat Wireframe (WFM), Marina Juki enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang mengatakan akaun syarikat tersebut telah dibekukan oleh pemilik bersamanya, pelakon dan pelawak Zizan Razak. Marina berkata, dia telah dinasihati […]



ARTIKEL PENUH



PELAKON dan pelawak, Zizan Razak bersama rakan kongsinya yang juga Pengarah Urusan Wireframe (WFM), Marina Juki. – Foto KOSMO!


KUALA LUMPUR – Pengarah urusan syarikat Wireframe (WFM), Marina Juki enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan yang mengatakan akaun syarikat tersebut telah dibekukan oleh pemilik bersamanya, pelakon dan pelawak Zizan Razak.

Marina berkata, dia telah dinasihati oleh peguamnya untuk tidak memberikan sebarang kenyataan sehingga diberitahu kelak.

“Buat masa ini, saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh portal hiburan murai.com.my, Zizan dikatakan telah membekukan akaun syarikat tersebut sejak seminggu lalu sehingga menyebabkan kakitangannya tidak dapat mengeluarkan wang.

Bagaimanapun, Zizan yang kini berada di Jepun gagal untuk dihubungi. – KOSMO!

Contact Form

Name

Email *

Message *