Gambar Nora Danish Peluk Anaknya Pun Bole Jadi Isu ?



Orang kata kalau dah tak suka seseorang tu, apa sahaja benda baik dan elok yang dilakukan, ada sahaja nampak buruk di mata orang tu kan.

Begitulah yang terjadi kepada pelakon comel, Nora Danish yang turut dikecam sesetengah pengikutnya di laman Instagram apabila fotonya bersama putera tunggalnya, Putra Rayqal Ramli menjadi topik hangat di kalangan mereka.

Ini kerana pengikutnya mempersoalkan siapakah yang mengambil gambar Nora bersama Rayqal pada ketika itu?







Hai benda ni pun boleh jadi isu..

Terpaksalah Nora menjawab pertanyaan pengikut tersebut mungkin bagi memuaskan hati mereka yang sering kali berfikiran negatif terhadap segala tindak-tanduk pelakon genit ini.

Nah, ni jawapannya,


“Rumah saya ada kakak saya, dua orang maids, mom, sedara dari luar. Jadi teka la siapa yang ambil? Semua sahurkan. Kadang-kadang rasa rimas sebab setiap gambar kena explain. Negatif dalam minda kena buang dik. Sayang muda-muda lagi. Jauh lagi masa depan. Ni akak nak nasihat je. Kepada yang lain, apa kata semua teka gambar saya sebelum ini semua yang bukan selfie siapa ambil”.

Kesian juga dengan Nora, ada sahaja tak betul perlakuannya di mata haters. Kalau nak sentiasa betul je, bukanlah manusia namanya.

Kalau dorang tegur benda yang memang terang-terang salah dibuat, tak mengapalah, ni pasal siapa tangkap gambar Nora dan anaknya pun jadi isu.

Hmm, macam-macam hal..

Oleh: AUDREY LEE

Contact Form

Name

Email *

Message *