Ada Dakwaan, Pasaraya Jual Ayam Tebuk, JAKIM Perlu Siasat Segera !


Dengarnya, ada berita mengenai ayam yang ditebuk di leher dan tidak disembelih mengikut syariat Islam telah dijual di sebuah pasaraya besar.

Gambar ayam berkenaan dilaporkan dimuatnaik ke laman Facebook oleh satu individu yang marah apabila gagal memasak lauk ayam yang dibeli untuk berbuka puasa kerana didapati dicucuk.

Dalam Islam, jika binatang yang boleh disembelih dan halal dimakan, tidak disembelih dengan betul mengikut syariat ianya menjadi haram untuk dimakan.

“Menyirap betul petang-petang ni, tengah tak larat kaki melangkah nak masak, keluarkan ayam.. Baru nak potong, ternampak leher yang ditebuk.



“Mengucap panjang aku.. dek kerana banyak sangat benda haram yang terjual, jadi saya sertakan juga dari mana saya membeli ayam ini, untuk menjaga sesama Islam,” kata pengguna Facebook yang begitu marah itu.


Aduan berkenaan telah pun diterima oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan kini pihak mereka sedang menyiasat kebenaran dakwaan itu.

Dalam satu kenyataan, JAKIM berkata perkara berkenaan telah diadukan kepada JAKIM pada pukul 6 petang semalam.

“JAKIM telah mengambil maklum perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankn sama ada perkata itu benar atau sebaliknya.



“Sekiranya terdapat maklumat mengenai sebaran asal dan pemilik akaun Facebook yang menyebarkan maklumat tersebut, pengguna diminta memaklumkan perkara itu kepada kami dengan segera,” kata kenyataan itu oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM.

JAKIM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan sebarang jenis bentuk maklumat dan ulasan berhubung isu berkenaan sehingga pihak JAKIM selesai melakukan siasatan.

Oleh : KUMBANG WIRA

Contact Form

Name

Email *

Message *