Ashraf Sinclair Berpakaian, Bersolek Seperti Wanita, Cantik!


Seperti yang kita tahu, pelakon kacukan Melayu-Inggeris, Ashraf Sinclair sudah lama berhijrah ke negara seberang, Indonesia selepas mendirikan rumah tangga dengan bintang terkenal di sana, Bunga Citra Lestari.

Sebaik berhijrah ke sana, Ashraf terus dilamar kebanyakan produksi drama yang terpikat dengan kekacakan yang dimilikinya dan sehingga ke hari ini Ashraf masih lagi diberi peranan utama dalam sesebuah drama bersiri yang dijayakannya.

Sering berkongsi perkembangan terbaharunya dalam laman Instagram, Ashraf gemar memuat naik gambar memaparkan kehidupan sehariannya dengan isteri tercinta dan anaknya, Noah, 4, selain aktiviti lakonannya.

Baru-baru ini, abang kepada Aishah Sinclair ini ada berkongsikan gambarnya berpakaian dan bersolek persis seorang wanita dan wow hasilnya memang mengagumkan.

Mungkin Ashraf perlu berpakaian sedemikian demi menjayakan watak seperti mana yang diinginkan pengarah.

Cantik macam wanita tulen pulak bila tengok sesekali Ashraf bergaya macam ni!


Oleh: AUDREY LEE

Contact Form

Name

Email *

Message *