Seorang wanita dari Albuquerque, New Mexico, Amerika Syarikat, Linda Murphy telah ditahan oleh pihak polis selepas didakwa menganggu bekas teman lelakinya baru-baru ini.
Linda, 28, didakwa telah mengganggu bekas kekasihnya, William Ryan apabila membuat panggilan telefon sebanyak 77,639 kali dalam masa seminggu terhadap lelaki terbabit.
Selain itu, Linda juga didakwa telah menghantar 1937 email, 41, 229 khidmat pesanan mesej dan 647 surat kepada Ryan juga dalam tempoh masa yang sama.
Linda telah menggunakan tiga telefon bimbit berlainan untuk menelefon Ryan setiap hari, 24 jam sehari tanpa jemu sehingga memaksa Ryan membuat laporan polis.
Menurut peguam Ryan, anak guamnya berasa sangat lega dengan penahanan Linda kerana dia tidak dapat tidur dan menikmati kehidupan sehariannya selepas diganggu Linda.
Pakar yang menguruskan kes ini berpendapat mereka akan memeriksa terlebih dahulu tahap kesihatan mental wanita tersebut sebelum kesnya dibicarakan di mahkamah.
Oleh: AUDREY LEE