Sepanjang minggu ni sahaja kecoh cerita mengenai pasangan Zizan Razak dan Emma Maembong yang dikatakan sudah putus cinta.
Murai Batu pun mengikuti juga cerita mereka ini, selepas Emma akui hubungan mereka sudah putus Zizan pula keluar kenyataan kononnya hubungan mereka putus dek kerana pelawak itu mahu membeli kereta sports mewah.
Namun, tup tup pula lewat malam tadi Zizan memuat naik foto dia bersama Emma di laman sosial Instagram miliknya dengan kapsyen yang positif.
Iaitu memberitahu bersyukur atas doa semua hubungan mereka kembali pulih.
Berikut merupakan foto dan kapsyen yang dimuat naiknya:
Menerusi post itu, ramai peminatnya gembira akan berita itu dan menganggap hubungan mereka kini sudah pulih.
Kalau benar mereka sudah berbaik baguslah. Cuma Murai Batu rasa cara mereka ni seperti keanak-anakkan. Yelah, senang senang beritahu hubungan mereka putus sedangkan mungkin mereka sedang dalam dilema.
Tak mengapalah , Murai Batu harap selepas ni mereka tidak cepat melatah dalam membuat keputusan lebih-lebih melibatkan hubungan cinta.