Jom Tengok Koleksi Maya Karin Main Ski, Cuti Di Iceland Dengan Kekasih Barunya?





Kredit Foto Instagram Maya Karin

Sekejap ada sekejap tiada, begitulah perumpamaan yang cocok untuk Murai Batu menggambarkan keberadaan aktres jelita Maya Karin di persada dunia hiburan tempatan. Mana tidaknya, kemunculan Maya di khalayak hanya berlaku jika dirinya memiliki sebarang perkembangan terkini berkaitan karier seninya.



Kerana itulah sebarang kisah atau cerita mengenai pelakon Pontianak Harum Sundal Malam ini sentiasa diburu peminat setia dan media tempatan khususnya, macam Murai Batu juga. Yang penting sempena tahun baru 2015 ini, Maya yang berdarah kacukan Jerman –Melayu diberitakan sedang asyik bermain ski dan ais di Switzerland dan terbaru Iceland, tak sejuk ke Maya?






                               

Begitu banyak foto kenangan bermain ski yang dikongsikan oleh Maya Karin dengan peminatnya di Instagram. Dalam pada itu ada Murai Batu ternampak foto menampilkannya dengan seorang jejaka kacak ‘mat salih’ yang sekali pandang tidak seperti wajah adik lelakinya, Armin Roelcke. Iyalah kan, Maya pun sering menghabiskan waktu lapangnya bercuti bersama keluarga, manalah tahu.



Lelaki yang dilihat banyak menghabiskan waktu bermain ski dan menemani Maya untuk ‘roadtrip’ ke Iceland menurut hasgtaq di Instagram miliknya itu bernama Bastian Baker. Rupa-rupanya dia merupakan jejaka yang sama menemubual Maya ketika dia mempromosikan lagu nyanyiannya, Bintang Syurga di Switzerland tidak lama dahulu. Dalam diam-diam hubungan mereka berlanjutan hingga menghabiskan waktu bersama-sama bercuti ya, sesuatu sangat!






Bastian ini merupakan pendatang baru di dalam industri muzik di Switzerland berdasarkan keterangan profil milik penyanyi dan penulis lagu ini di laman web rasmi miliknya, pantas tak  siasat? Jadi sekian lama Maya Karin senyap dari muncul, adakah dia kini bermain cinta dengan Bastian yang baru berusia 23 tahun itu?



Kalau benar pun apa salahnya, Maya pun bukannya berpunya kan? Tetapi kalau betul Saya  doakanlah kebahagiaan pelakon pujaan Saya yang satu ini. Nak dapatkan kepastian nanti akan Saya usahakan buat peminat Maya yang lain juga okay?



Susah nak pastikan kalau tuan punya badan tidak ada disini untuk menjawab kepastian ini. Kalau tak salah Maya akan muncul dengan filem Jwanita arahan Osman Ali tidak lama lagi. Uols tunggu yer jawapan Maya nanti okay! Oops!

Contact Form

Name

Email *

Message *