Akhirnya Zarina Zainuddin Perkenalkan Wajah Suami Setelah Perkahwinanya 21 Tahun.. Jom Tengok!





KUALA LUMPUR : Setelah 21 tahun berkahwin, pelakon cantik berkulit hitam manis Zarina Zainuddin akhirnya mendedahkan wajah suaminya dan juga seorang Datuk. 

Saya difahamkan nama suami Zarina Zainuddin ialah Datuk Seri Dr. Abdul Raihan dan dia juga merupakan isteri kedua kepada madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor. 

Sebelum ini Zarina merahsiakan siapakah suaminya yang sebenar di atas sebab-sebab tertentu demi kepentingan keluarga mereka. 

Zarina telah bernikah pada usia 22 tahun dan telah dikurniakan 4 orang anak, bagi Saya tindakan yang dibuat oleh Zarina ada hikmahnya sebaliknya. 

 



 





Maklumlah tak semua wanita yang sanggup bermadu dan berkongsi kasih, namun kecekalan Zarina ini membuktikan hidup bermadu boleh mengecapi kebahagiaan. 

Namun yang tak sedap didengar, majlis memperkenalkan suaminya ini, rakan-rakan artis tidak dapat hadir disebabkan keliru dengan tarikh yang diuar-uarkan iaitu pada hari Maulidur Rasul atau Maal Hijrah. 

Apa-apa pun Saya doakan agar kehidupan Zarina, suami dan madunya terus utuh dan kekal hingga ke akhir hayat. 

Hidup sandar-menyandar umpama aur dengan tebing.

Contact Form

Name

Email *

Message *