Berita,
Foto,
Gambar,
Hiburan,
Info,
Jenayah,
Kisah Benar,
Panas,
Pelik,
Seksi,
Semasa,
tutorial
Edit
Panas - Lagi 3 Peserta Pesta Suka Bogel Menyerah Diri, Siapa ? Tengok...
GEORGETOWN – Tiga lagi peserta pesta sukan bogel ditahan selepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya hari ini.
Mereka dikenali sebagai Chew Tok Hwa, 57, Carmen Chan, 27, dan Justin Ang Ji Keng, 24.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata kesemua rakyat tempatan itu akan ditahan reman bagi membantu siasatan kes yang didakwa diadakan di Pantai Teluk Kampi, Teluk Bahang yang terletak dalam kawasan Taman Negara Pulau Pinang baru-baru ini.
“Mereka yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki telah menyerah diri pukul 10.30 pagi tadi dan polis akan mendapatkan perintah reman di mahkamah esok,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata polis mengenal pasti kesemua 15 peserta terbabit yang terdiri daripada tujuh warga tempatan, empat dari Singapura, dua Myanmar dan masing-masing seorang dari India dan Filipina.
Abdul Rahim berkata dengan penahanan individu terbabit, kini hanya tinggal tiga lagi warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam pesta itu belum menyerah diri.
Semalam dua lelaki terdiri daripada rakyat tempatan dan Singapura berusia 34 dan 41 tahun masing-masing direman sehingga 17 dan 18 Ogos bagi membantu siasatan selepas menyerah diri di balai polis yang sama.
Pesta sukan bogel itu mula diperkatakan apabila video selama lima minit 52 saat bertajuk ‘Pesta Bogel di Teluk Bahang, Pulau Pinang’ tersebar secara meluas di laman sosial yang memaparkan sembilan lelaki dan enam wanita melukis badan, menari serta mengadakan acara sukaneka dalam keadaan bogel di pantai berkenaan. – BERNAMA