Hero Dalam Drama ‘Rindu Awak 200%’ - Siapakah Disisnya Tu ?
Siapakah
MENTANG-MENTANGLAH populariti pelakon Zul Ariffin tiba-tiba mencanak naik gara-gara drama bersiri ‘Rindu Awak 200%’, ramai yang mula ‘menjodohkan’ dia dengan heroinnya, Ayda Jebat.
Ha, jangan lupa ya!
Pelakon kacak ini masih lagi berpacaran dengan penerbit filem terkenal, Gayatri Su-Lin Pillai.
Gambar di atas merupakan bukti hubungan mereka masih utuh sejak tahun 2012 lagi.
Sebelum ini, ada yang tertanya-tanya apakah perkembangan hubungan cinta Zul dan Gayatri lantaran tiada langsung gambar mereka bersama dalam akaun
Instagram Zul.
Kalau dilihat, lebih banyak gambarnya bersama Ayda berbanding kekasihnya sendiri.
Apapun, kami yakin kalau ditanya, pasti jawapannya ‘untuk promosi drama’.
Sesekali, apa salahnya letak gambar bersama kekasih sebenar, betul tak?
Oleh: ELZA