Lelaki Paling Pelik Di Dunia - Telan Wang Tunai RM327,000 ?
Teluk Montego Seorang lelaki warga Venezuela ditangkap kerana cuba menyeludup wang tunai berjumlah AS$103,500 (RM327,000) dari Jamaica selepas dia menelan lebih 80 bungkusan plastik mengandungi wang berkenaan.
Eddy Alberio Mancipe Ortega, 41, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Sangster di Teluk Montego ketika hendak berlepas ke Trinidad.
Ortega mengaku kepada polis bahawa dia menghabiskan masa dua hari untuk menelan bungkusan plastik berkenaan.
Menurut akhbar The Gleaner, dia dihukum penjara tiga bulan oleh pihak berkuasa Jamaica.
Kerana dia sudah ditahan sejak lapan bulan lalu, Ortega diusir ke negara asalnya serta-merta.
Sehubungan itu, Jamaica kini meningkatkan pemeriksaan terhadap mereka yang meninggalkan negara itu.
Ketua Bahagian Siasatan Kewangan Justin Felice berkata, ini kali pertama pihaknya menemui wang tunai diseludup dari Jamaica dengan cara itu.
“Ia menggambarkan bagaimana orang akan menjadi kreatif untu mengelak dikesan pihak berkuasa yang cuba memerangi pengubahan wang haram,” katanya. – Agensi