VIDEO: Polis Raub Dipuji Buat Hebahan Di Bazar Ramadan (Keselamatan)



Tahniah diucapkan kepada Polis Daerah Raub kerana melakukan inisiatif yang mendapat pujian ramai khususnya masyarakat tempatan.



Menggunakan pembesar suara kereta peronda MPV, anggota polis bertugas dirakam mengambil pendekatan membuat hebahan nasihat kepada pengunjung bazar ramadan daerah ini sekaligus membuatkan orang ramai berasa lebih selamat.

Antara nasihat yang diberikan kepada pengunjung bazar ramadan adalah memastikan anak-anak yang dibawa sentiasa dalam kawalan ibu bapa, hati-hati agar tidak jadi mangsa penyeluk saku, memastikan kenderaan yang ditinggalkan dikunci dengan selamat, tidak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan dan kepada kaum wanita, elakkan memakai barang kemas berlebihan.

Hebahan nasihat yang dibuat menerusi pembesar suara kereta peronda polis sebenarnya bukan sahaja dapat memberi peringatan kepada orang ramai tetapi juga mematahkan niat penjahat yang mempunyai perancangan melakukan jenayah.


Justeru, langkah diambil Polis Daerah Raub ini mungkin boleh juga diikuti polis di tempat lain.

Oleh: REM RAMZI

Contact Form

Name

Email *

Message *