“kelahiran semula” Kini Felixia Peluk Islam Depan Keluarga Hari Ini, Ibu Beri Angpow
Bekas model seksi, Felixia Yeap yang dikhabar akan memeluk agama Islam hari ini, memberikan makluman terkini majlis pengislamannya secara rasmi di laman Facebooknya.
Dalam satu statusnya yang dikemaskini kira-kira sejam yang lalu, Felixia memaklumkan ada beberapa jam lagi sebelum majlis yang digelarkannya sebagai “kelahiran semula” itu berlangsung.
“Ada beberapa jam lagi sebelum berlangsungnya majlis “kelahiran semula” saya.. Famili dah sampai dan menunggu bersama saya,” katanya di laman Facebooknya Felixia Yeap.
Beliau sempat bergurau apabila mengatakan ahli keluarganya sibuk hendak menyambut sambutan hari lahirnya tetapi terpaksa menunggu waktu berbuka puasa baru boleh makan kerana Felixia berkeras mahu berpuasa.
“Nak celebrate (sambut) birthday (hari lahir), tapi saya tetap berkeras nak berpuasa, jadi semua ikut saya duduk rumah je,” katanya.
Selain itu, Felixia turut berkongsi gambar dua angpow yang diberikan ibunya sebagai tuah untuk dia melangkah ke alam kehidupan baru sebagai seorang yang beragama Islam.
“Mama baru sampai dan memberikan saya dua angpows dan berkata.. Ma berikan kamu sedikit wang sebagai tuh kepada kamu dan kehidupan baru kamu.
“Saya pun kata padanya.. tetapi duit ma juga datang dari saya, dan kami berdua terus tertawa,” katanya.
Felixia sudah pun memaklumkan kepada media melalui laman Facebooknya bahawa dia akan memeluk Islam dengan mengucapkan dua kalimah Syahadah di hadapan empat orang saksi di satu lokasi yang dirahsiakan.
Difahamkan juga, ada media yang dapat menghidu lokasi berkenaan dan Felixia bertindak menukar lokasi memeluk Islamnya pada saat-saat akhir untuk mengelak liputan media.
Oleh : IKA