Ragam Peniaga Pentingkan Keuntungan - Dahlah Ayam Goreng Ada Telur Lalat, Kena Caj Pula Ekstra RM1 Plak !
Rasanya pelanggan kedai makan terutama restoran mamak kenalah take note – sila periksa ayam goreng anda sebelum menjamahnya!
Ini kerana terlalu banyak kes melibatkan ayam goreng berulat. Terbaru, ia belum sempat berulat tapi dicemari telur lalat atau rengga yang jika dibiarkan akan menjadi ulat juga.
Menerusi gambar yang disebarkan di Facebook oleh pelanggan terlibat, kejadian berlaku di restoran mamak yang terletak di Sungai Petani, Kedah.
Tambah membuatkan pelanggan ini naik angin, sudahlah ayam goreng yang dibungkus mengandungi telur lalat dikenakan pula caj yang tidak diketahui sebanyak RM1 pada resit (mungkin caj bungkusan, takkan harga telur lalat kot?) yang hanya disedari selepas pulang.
Betul juga katanya, kadang-kadang pelanggan bukanlah geram sangat pada harga tapi bila soal kebersihan diabaikan maka sudah tentu kita akan terfikir nilai wang yang sudah dikeluarkan.
Kesimpulannya, kedai makan di Malaysia ni tak kiralah mamak atau apa pun harus menjaga kualiti makanan dan kebersihan anda kalau tak mahu dapat ‘iklan percuma’ macam ini.
Kalau dapat kat Mynewshub anda bernasib baik sebab nama kedai akan ditutup tapi percayalah, nama kedai anda dah popular dah pun di laman-laman sosial peribadi.
Oleh: REM RAMZI