Kes Saman Nurul AF2 – Ganti Rugi Dikurangkan Kepada RM80,000 ?


MUNGKIN ramai yang sudah terlupa dengan kontroversi yang pernah menimpa penyanyi Nurul AF2, tiga tahun lalu.

Pada 5 September 2011, dia dan suaminya telah memfailkan saman terhadap TV3, penerbit rancangan Melodi Azman Abd Ghafar, wartawannya Michelle Wee Lili, syarikat Alt Media Sdn Bhd dan abang kandung Nurul iaitu Bustamam Zawawi.

Ia susulan rancangan itu memberi gambaran bahawa perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan mereka tidak menghormati ibu bapa serta keluarga.

Kesemua defendan gagal membuktikan pembelaan masing-masing, sekaligus menyebabkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan mereka membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Nurul dan suaminya.

Bagaimanapun, baru-baru ini Mahkamah Rayuan Putrajaya telah mengurangkan jumlah ganti rugi itu kepada RM80,000 selepas panel yang dipengerusi Hakim Datuk Zaharah Ibrahim memutuskan aduan fitnah itu hanya membentuk sebahagian kecil dalam program tersebut.

Mahkamah juga mendapati tiada niat jahat dalam laporan tersebut.


Apapun, semoga perkara ini dijadikan pengajaran oleh setiap program hiburan di negara ini supaya tidak terburu-buru dalam mengeluarkan laporan sehingga boleh menimbulkan fitnah.

Sebaiknya, selidik dan tanya terlebih dahulu kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan berhubung sesuatu gosip.

Oleh: ELZA

(Sumber: Murai.com / Sinar Harian)

Contact Form

Name

Email *

Message *