GAMBAR: Lagi Anak Kecil Ditinggalkan Sendirian Dalam Kereta ?
RASANYA sudah terlalu banyak peringatan dan kisah yang dikongsikan di laman media mengenai kes penculikan kanak-kanak sejak dulu lagi.
Tapi, masih ada lagi ibu-bapa yang mengambil sikap endah tak endah terhadap keselamatan anak mereka.
Gambar yang dikongsikan menerusi Facebook Balai Polis Sentral Kuching ini adalah antara contoh pengabaian kanak-kanak.
Berani sungguh penjaganya meninggalkan anak sekecil ini berseorangan di dalam kereta di tempat letak kereta ini!
Bukan sahaja berdepan dengan risiko diculik, tetapi juga mampu menyebabkan kemalangan jika anak ini tidak sengaja terpijak brek tangan.
Jangan tunggu terhantuk, baru hendak terngadah ya…
Oleh: ELZA