Timbul Lagi OKU Terabai Diselamatkan, Kali Ini Telah Dikurung Lebih 10 Tahun !!!




Selepas kes Muhammad Firdaus Dullah, 15, kini seorang lagi Orang Kelainan Upaya (OKU) kali ini berusia lingkungan 30-an berjaya diselamatkan pihak berkuasa selepas difahamkan dikurung selama lebih 10 tahun.

OKU itu seorang wanita dikurung di bahagian bawah rumah atau “kolong” di Kampung Pasir Pekan Hulu di Tumpat, Kelantan petang tadi, memetik laporan Harian Metro Online.

Wanita itu berjaya diselamatkan anggota polis bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam satu serbuan kira-kira pukul 3.30 petang tadi selepas pihak berkuasa mendapat maklumat daripada penduduk kampung berkenaan.

Wanita terbabit ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus selepas dikurung dalam sebuah bilik konkrit di bawah rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip berkata, keluarga mangsa akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Berdasarkan maklumat, ibu bapa OKU ini Sudah meninggal dunia dan dia dijaga abangnya. Ketika serbuan, tiada ahli keluarga berada di situ,” katanya.

Contact Form

Name

Email *

Message *