Iklan Lucu – Terpaksa Jual Motosikal Disebabkan Hantaran Terlalu Tinggi




MACAM-MACAM cara digunakan oleh individu tertentu untuk mengiklankan produk atau barang yang ingin dijual di laman Mudah.my.

Antaranya termasuklah menggunakan ayat manis seperti adanya potongan harga atau barang percuma dengan pembelian barangan tersebut.

Bagaimanapun, iklan di atas agak unik dan berbeza kerana ia turut disertakan dengan luahan marah oleh si penjualnya pada ayat akhirnya.

Individu yang ingin menjual motosikal jenis Suzuki GS550 dengan harga RM8,500 ini memberitahu tujuannya ialah untuk mendapatkan duit untuk perkahwinannya.

Dia turut menghamburkan kemarahannya pada bakal bapa mertuanya kerana meletakkan hantaran tinggi sehingga menyebabkan dia terpaksa menjual motosikal kesayangannya itu.

Hai, memang nahaslah kalau bakal bapa mertuanya terbaca iklan ini…!

Contact Form

Name

Email *

Message *