Kejam Sungguh Manusia, Budak Diikat Di Gril Tingkap Oleh Keluarga!!! Apa Sebabnya ?



Mexico – Sekeping gambar yang menunjukkan bagaimana seorang budak lelaki diikat kaki dan tangannya dengan kejam di gril tingkap rumahnya, telah mengejutkan penduduk Mexico.

Gambar itu dirakamkan oleh jirannya, Mariza Guerrero, 55, dan mereka kemudian memuat naik dalam internet.

“Ia menakutkan apabila melihat ibunya mengikat budak lelaki berkenaan di tingkap tersebut sementara bapanya hanya memandang.

“Dia diikat dengan menggunakan kain skaf,’’ kata Mariza.

Susulan itu, polis telah menyerbu rumah keluarga terbabit di bandar Xalapa, yang terletak di timur wilayah Veracruz.

Pihak berkuasa kini sedang mengesan sama ada ia merupakan satu upacara ritual atau sebaliknya.

Contact Form

Name

Email *

Message *