Pemuda tergamam - Kereta singgah ‘makan’ di restoran

Mohd Rizal Abdullah

Puchong: “Saya tergamam sejurus melihat sebuah kereta meluru laju ke arah restoran dan nyaris merempuh kami,” kata pekerja restoran yang mahu dikenali sebagai Iwan, 29 mengenai tempat kerjanya di rempuh sebuah kereta.

Kejadian berlaku jam 6.30 petang kelmarin ketika enam pekerja sedang melakukan tugas di restoran berkenaan yang terletak di Bukit Puchong, di sini.

Iwan berkata, mujur dia dan lima rakan sempat mengelak daripada rempuhan kereta Kia Spectra yang dipandu seorang wanita warga asing.

Menurutnya, kemalangan berlaku ketika dia dan rakan lain sedang berada berhampiran kaunter pembayaran.


KEADAAN restoran yang dirempuh kereta dipandu wanita warga asing.


“Ketika itu, saya lihat kereta itu melencong masuk ke arah restoran sebelum merempuh beberapa meja dan kerusi. Mujur meja dan kerusi itu menyekat kereta berkenaan daripada merempuh kami yang berada di kaunter bayaran,” katanya.


Sementara itu, pemilik restoran, Rahimah Husin berkata, dia membuat laporan mengenai kejadian itu di Balai Polis Bukit Puchong, di sini.

Contact Form

Name

Email *

Message *