PAKAT TENGOK - IBU KEJAM KURUNG ANAK OKU ADA AKAUN FB




PETALING JAYA: Penemuan seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) dalam keadaan menyayat hati mengundang kemarahan orang ramai apabila sebuah akaun Facebook yang dipercayai milik ibu mangsa dikongsi secara meluas di Internet.

Akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Imashima Lola’ dengan gambar profil ‘selfie’ wanita memakai tudung merah itu mula dikongsi di laman sosial sejak petang Ahad dengan pelbagai komen negatif.

Kebanyakannya mengecam wanita berkenaan kerana berkelakuan tidak berperikemanusiaan terhadap anaknya sendiri dengan mengurung dan membiarkan remaja OKU itu hidup menderita bergelumang dengan tanah dan najis.

Hasil pemeriksaan di akaun berkenaan juga mendapati terdapat beberapa keping gambar yang dipercayai mirip wajah mangsa, Muhammad Firdaus Dullah, 15, yang ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan pada awal pagi Sabtu.

Gambar ramaja yang dimuat naik pada September 2013 berpakaian kemeja-t dengan potongan rambut paras bahu itu turut dikongsi dengan pelbagai komen simpati oleh pengguna Facebook.



Berdasarkan pemerhatian, remaja berkenaan yang kelihatan sihat dan berisi dilihat duduk di atas sebuah sofa fabrik yang sama dengan kusyen dalam rumah di mana Muhammad Firdaus ditemui.

Menurut maklumat peribadi Imashima Lola yang berasal dari Sabah itu, dia yang tinggal di Kampong Nilai, Negeri Sembilan bekerja di sebuah syarikat katering yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kali terakhir Imashima Lola mengemaskini status Facebooknya ialah pada 19 Jun lalu.

Sejak Sabtu, negara dikejutkan dengan berita penemuan remaja OKU ketika Ops 6P oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah pangsa di Taman Semarak, Nilai.



Menurut Pengarah jabatan berkenaan Faizal Fazri Othman, remaja berumur 15 tahun itu bukan hanya kurus kering, malah persekitaran bilik di rumah pangsa itu didapati dipenuhi dengan tanah dan najis.



Dalam pada itu dalam The News Straits Time:

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.
“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari. “Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.



Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya. Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

Contact Form

Name

Email *

Message *