Hai, macam-macam murid sekolah sekarang kan?
Jika dulu kalau tak siap kerja sekolah punyalah takut dimarahi atau didenda guru, hari ini lain ceritanya.
Dah biasa didengar, golongan guru merungut menyatakan murid generasi sekarang semakin mencabar untuk dididik kerana keberanian mereka menjawab.
Tak pastilah jika nota yang tersebar di laman sosial dan WhatsApp di atas ini cuma satu gurauan yang disebarkan untuk menceriakan hati pembaca namun jika benar ia ditulis seorang murid kepada gurunya, maka murid tersebut nyata berbakat besar untuk jadi pelawak satu hari nanti.
Bayangkan jika anda adalah guru yang menerima nota ini daripada murid anda, nak gelak ke nak rotan?
Oleh: REM RAMZI