Madona mengejutkan peminatnya - Apakah Madonna Bakal Memeluk Islam Tidak Lama Lagi?


LOS ANGELES – Madonna melakukannya lagi iaitu mengejutkan peminatnya dalam Instagram minggu ini dengan memakai burqa berwarna hitam.

Penyanyi berusia 55 tahun itu nampak menarik dengan hanya bahagian mata sahaja yang kelihatan apatah lagi dengan mata berwarna biru, ia amat memukau pandangan.

Dalam kapsyen gambar itu tertulis, “’Its that kind of day! #unapologeticb****.”

Tahun lepas, Madonna mengejutkan peminatnya dalam Facebook dengan menutup muka.

Pada gambar itu tertulis kapsyen “The Revolution of Love is on…In Sha Allah ‘’.

Tahun lepas juga, Madonna pernah menggemparkan dunia hiburan apabila secara terbuka mengakui mula mempelajari kitab suci Al-Quran yang merupakan kitab suci umat Islam.


Tindakan itu menyertai kumpulan selebriti lain seperti Janet Jackson, Dave Chappelle dan Yasiin Bey yang juga mengamalkan cara hidup Islam.

Para wartawan hiburan antarabangsa keliru adakah tindakan Madonna itu sekadar menarik perhatian adakah ia sebagai satu petanda Madonna lebih memberi fokus kepada sifat spiritual dirinya.

Laporan Huffington Post bertarikh 10 Ogos 2013, Madonna sememangnya dikenali kerana skandal-skandal antaranya pernah bercium dengan Britney Spears di atas pentas dan juga kerjaya seninya yang banyak menjurus kepada elemen seksual dan erotik.

Dalam satu temubual oleh Harper’s Bazaar, Madonna berkata ketika ini dia sedang giat membina banyak sekolah untuk remaja perempuan di beberapa negara Islam dan juga masih mempelajari Al-Quran.

“Saya merasakan ia adalah penting untuk mempelajari semua kitab suci yang ada, seperti mana yang rakan saya dari Yemen pernah memberitahu saya, seorang Muslim yang baik ialah seorang Yahudi yang baik, dan seorang Yahudi yang baik ialah seorang Kristian yang baik,” katanya.

Menurut laporan itu, kesudian Madonna untuk mempelajari Al-Quran tidak bermakna dia sudah pun memeluk Islam. Berkemungkinan artis kontroversi itu cuba mencari di manakah kebenaran.

Selain berita pada tahun lepas itu, tiada laporan terbaru yang mengatakan atau menceritakan tentang berita Madonna dan agama Islam sehinggalah gambar Instagram terbaru yang dimuatnaikkannya itu.

Jika benar, moleklah jika Madonna memeluk Islam dan kemudian betul-betul menjalani hidup secara Islam .

Contact Form

Name

Email *

Message *