Zizan Razak Tweet ‘Jangan Menyalak’ Kat Siapa, Untuk Siapa Ni?




Tak tahulah apa sebenarnya masalah yang menimpa syarikat pengurusan, Wirefame Entertainment Sdn. Bhd yang dimiliki oleh pelawak dan pelakon popular, Zizan Razak ni..

Khabarnya Zizan dikatakan mengalami konflik dalaman dengan rakan kongsinya, Marina Juki sehingga memaksa Zizan mengambil tindakan membekukan akaun syarikat.

Lantaran daripada tindakan Zizan itu, artis-artis di bawah pengurusannya mula meluahkan perasaan tidak puas hati kerana tidak menerima pendapatan bagi bulan Mei.

Antara selebriti tersebut ialah Johan Asari dan Kaka Azraff.

Dan mungkin sebagai menjawab persoalan Johan dan Kaka, Zizan dilihat telah mengemas kini status di laman Twitternya dengan berkata, “jangan menyalak tanpa tahu sebab.. teruskan menyelak sampai jumpa pusat”.



Tak tahulah kepada siapa sebenarnya Zizan mahu tujukan maksud ayat-ayatnya itu kerana dia tak ‘mentioned’ sesiapa pada status tersebut.


Tapi, kalau fikir secara logik, sekalipun Zizan mempunyai masalah dalaman dengan pengurusan syarikatnya, namun janganlah sampai menganiaya staf-staf mahupun artis di bawah naungan Wirefame Entertainment sehingga mereka ternanti-nanti pula bila gaji bulanan mereka akan keluar.

Oleh: AUDREY LEE

Contact Form

Name

Email *

Message *