Tak habis-habis lagi rupanya kisah artis paling kontroversi paling masa kini, Hanez Suraya.
Selepas teruk dihentam kerana menjalinkan perhubungan cinta dengan suami orang, nama Hanez memang tidak dapat lari daripada terus dikritik pemerhati industri hiburan tempatan.
Mungkin dah tahan sangat dengan segala kata cacian dan nista orang ramai, Hanez memuat naik satu status di Twitter berbunyi, “suka jaga tepi kain orang. Bergosip yang berunsurkan tohmahan dan kejian. Padahal kain sendiri tak sedar dah terkoyak. Diri sendiri pun tak terjaga”.
Inilah harga yang perlu dibayar seorang selebriti, apa sahaja yang dibuat, pasti menjadi perhatian mata-mata orang sekeliling.
Kalau tak sabar dan tahan makian, pastinya Hanez sudah lama berundur dari dunia hiburan. Tak gitu?
Oleh: AUDREY LEE