Dato' Siti Nurhaliza Menjadi Icon Golongan Muda Serta Pujaan Hati Buat Rakyat Malaysia? Cuba Tengok Apa Yang Dibuatnya ?





Sekali dipandang Dato’ Siti Nurhaliza memiliki ketokohan untuk menjadi wakil rakyat atau pemimpin kawasan setelah melihat kegigihannya membantu mangsa banjir di kampung halamannya, Kuala Lipis, Pahang.

Bukan sahaja memberi sumbangan berupa tenaga dan bantuan kemanusiaan, Dato’ Siti Nurhaliza jugamemberi sumbangan peribadi untuk mangsa banjir di Kuala Lipis.



Siti Nurhaliza telah menjalankan misi bantuan banjir Kuala Lipis dengan melawat beberapa tempat penempatan sementara dan pemindahan mangsa banjir di kampung halamannya itu bersama pengurus dan beberapa orang pembantunya telah dikongsi oleh pengurusnya, Rozi Abd Razak.
















Antara tempat penempatan mangsa banjir yang sempat di lawati penyanyi tersohor negara ini ialah SK Chung Wa, SK Clifford yang juga sekolahnya dulu dan Dewan Kampung Tempoyang, Lipis. 



Siti Nurhaliza sendiri meredah banjir dengan menaiki jentolak dan kenderaan pacuan 4 roda untuk tiba di tempat penempatan mangsa banjir tersebut. 



Usaha Siti Nurhaliza ini telah mendapat reaksi positif orang ramai bukan sahaja mangsa banjir malah di seluruh Malaysia yang memuji tindakan Siti Nurhaliza tersebut. Syabas Dato’ Siti, anda memang pujaan hati Malaya. 




Contact Form

Name

Email *

Message *