Romantik Sungguh - Pemuda Lamar Fazura Dengan Lagu All Of Me Saat Sarungkan Cincin !





KL, 8 DIS 2014: Dalam pada sibuk menjalankan tugas promosi bagi watak Ifti Liyana untuk filem Manisnya Cinta Di Cappadocia, Nur Fazura yang diketahui masih solo itu telah dilamar oleh seorang jejaka!

Perkara ini berlaku secara spontan dalam sebuah majlis karaoke yang merupakan sebahagian daripada rangka promosi filem cinta tersebut.



Berbekalkan lagu romantik yang kini hot nyanyian John Legend, All Of Me, pemuda tersebut tiba-tiba melutut dan dalam posisi melamar didepan Fazura lalu menyuarakan hasrat hatinya. Detik ini sempat dirakamkan Astro Shaw iaitu penganjur majlis pada petang Ahad lepas itu dan ianya dimuatnaik di akaun Instagram mereka.



Fazura juga secara spontan menyuruh pemuda tersebut meminta kebenaran daripada teman rapatnya yang turut hadir pada acara tersebut. Tanpa sebarang bantahan, teman baik yang dianggap seperti penjaganya itu memberikan lampu hijau dan Fazura juga turut menunaikan hasrat peminatnya itu tetapi bukannya untuk menerima lamarannya tetapi cincin yang diberikan sebagai simbolik kepada lamaran tersebut.



Lelaki bertuah tersebut difahamkan merupakan salah seorang peminat Fazura yang dijumpai sehari sebelum sesi karaoke tersebut ketika promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia di Klang.



Ketika ingin bersurai pemuda tersebut sempat menjerit ‘I love you’ kepada Fazura sebelum aktres tersebut membalas ungkapan ‘I love you too!’kepadanya membuatkan dia terpanggil merakamkan detik manis yang mungkin tidak semua peminat dapat melakukannya, apatah lagi merasakan bagaimana perasaan apabila lamaran terhadap Fazura telah diterima pelakon itu.

Sila right-click dan pilih show control untuk play video dibawah. Terima kasih. 


http://scontent-b.cdninstagram.com/hphotos-xfa1/t50.2886-16/10851974_322752774599105_1378851012_n.mp4



Selain daripada keluarga dan peminat Fazura, pelakon dan pengarah Manisnya Cinta Di Cappadocia iaitu Shaheizy Sam dan Bernard Chauly turut bersama untuk berkongsi kenangan lucu dan romantis tersebut di dalam majlis sesi karaoke yang dianjurkan Astro Shaw itu.



Kembali beraksi semula di layar perak , Fazura mengubati kerinduan para peminat yang sekian lama menanti dengan kemunculannya dalam filem baharu. Baru sahaja selesai menjalani penggambaran program realiti Facing Up To Fazura dan filem Langit Cinta, aktres jelita ini khabarnya sibuk menjayakan aktiviti serta siri jelajah promosi Manisnya Cinta Di Cappadocia ke seluruh negara yang bakal menemui penonton pada 11 Disember ini.

Contact Form

Name

Email *

Message *