Pelakon Cilik Dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik Asia, Bukti Puteri Balqis Memang Berbakat Dalam Industri Lakonan...



KUALA LUMPUR, 12 DIS 2014: Pelakon cilik, Puteri Balqis yang sebelum ini meraih Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Skrin 2014, ada segelintir pihak mempertikaikan kemenangannya.


Dia sewajarnya di calonkan dalam kategori pelakon terbaik kanak-kanak yang sesuai dengan usianya. 


Terbaru, Balqish telah dinobatkan sebagai pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asia di Anugerah Asian TV Award 2014 yang berlangsung di Singapura menerusi Drama TV Balqis.


Balqis telah menewaskan calon pelakon dari Taiwan, Hong Kong dan Singapura yang rata-rata umur mereka lebih berusia daripadanya.


Ini merupakan pencapaian Balkis yang harus kita banggakan. Maka dengan itu, kemenangan Balqis ini telah berjaya menangkis persepsi negatif mengenai bakat lakonannya. 


Juri luar juga turut akui kehebatan Balqis dan kemenanganya wajar diberikan pujian kerana berjaya mengharumkan nama negara. Ini merupakan kali pertama rakyat Malaysia meraih anugerah ini dan diharapkan dia akan terus sukses di masa akan datang.

Contact Form

Name

Email *

Message *