Isu Ustazah Ekspres Plak..... Abby Abadi Selar Dr Mashitah!!!



KL, 2 DISEMBER 2014: Suara Abby Abadi kembali kedengaran di HarakahDaily, lidah utama parti PAS, parti politik yang memperjuangkan agama Islam di negara ini dengan melontarkan ketidakpuasan hatinya tentang perbahasan seorang pemimpin politik wanita parti UMNO iaitu Datuk Dr. Mashitah Ibrahim. 



Tindakan ini dibuat sebagai menjawab dakwaan yang dibuat oleh Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang sebelum ini dikenali sebagai penceramah bebas dan juga seorang ustazah apabila menaikkan isu kewujudan golongan ‘ustaz’ dan ‘ustazah ekspres’ terutama di dalam PAS.



Sudah tentu Abby antara individu yang dikaitkan dengan fenomena ini dan dengan segera bekas ahli kumpulan Elite itu membidas dakwaan Dr Mashitah tersebut dengan melahirkan rasa kesal dan mendakwa bekas penceramah itu lebih mengutamakan hal yang remeh tetapi tidak mendahulukan perkara yang sepatutnya diberi perhatian terlebih dahulu.



“Kesal bila beliau lebih risaukan dengan wujudnya mereka yang berhijrah mengikut ajaran Islam sedangkan hiburan di televisyen yang semakin melalaikan beliau tidak ambil peduli.



“Jika beliau berpendidikan agama sepatutnya berbangga dengan penghijrahan golongan-golongan artis yang semakin ramai mendekati agama,”katanya kepada HarakahDaily.



Ustazah Dr. Mashitah juga menyentuh mengenai pendakwah yang banyak membuat lawak, katanya jika ingin melihat ceramah lawak baik tonton program lawak macam MLM 2014. Namun Abby merasakan perkara tersebut tidak sepatutnya menjadi isu utama kerana itu adalah cara seseorang penceramah berinteraksi dengan pendengarnya.



“Saya selalu mengikuti majlis-majlis ilmu yang disampaikan sama ada dalam bentuk hiburan, lawak atau sebagainya, bagi saya itu bukan satu kesalahan.



“Malah saya melihat lebih ramai mereka yang hadir mengikuti majlis-majlis ilmu kerana bagi mereka penyampaian tersebut memberi kesan kepada pemahaman tentang apa yang mereka ingin ketahui.



“Kalau kita tidak mampu untuk mengajak orang lain kepada Islam kerana menjaga jawatan, kita tidak perlu menghentikan usaha orang lain,”antara kritikan pedas Abby Abadi yang dipetik dari HarakahDaily, minggu lalu.

Selain Abby, penyanyi Aishah turut melahirkan rasa yang sama apabila mendengar ucapan Dr Mashitah di Perhimpunan Agung UMNO 2014 minggu lalu.



Aishah dalam kenyataannya dengan nada kesal mengharapkan Mashitah supaya menghentikan 'keperlian' beliau terhadap artis yang berubah ke arah lebih bagus ini dan melupakan sejarah lama mereka dan berharap dapat membimbing mereka seiring dengan dakwah tanggungjawab bersama



"Jangan kecam niat baik kami, sama-samalah didik kami. Dakwah tanggungjawab kita bersama," kata Aishah dengan nada kesal.

Sumber Harakah Daily

Contact Form

Name

Email *

Message *