Gambar Zain Saidin memegang botol susu dengan tidak memakai baju baru-baru ini ternyata menyebabkan ramai yang terpana dengan ke’tough’an badan suami kepada Che Ta ini. Bagi kita yang lelaki ini pun mengkagumi bentuk badan Zain yang penuh sasa, inikan pula wanita-wanita di luar sana. Pasti ada yang terembes. Memang Kaum lelaki mengidam juga nak dapat badan macam si Zain nie. Macho kot.
Saya tak kisah orang nak cakap diri ini menunjuk badan atau tak. Tapi saya secara tak langsung mahu memberi contoh kecergasan dan kesihatan yang baik untuk pengikut di laman bergambar popular itu. Malah saya sendiri sudah membuka akaun Instagram khas di bawah nama @nozainnogain.
Saya nak menunjuk pun sebagai bukti dengan usaha keras dan jitu kita boleh mendapat badan yang diingini. Selama ini pun isteri selalu cakap saya gemuk dan sekarang saya buktikan. Hajat nak jadi daddy fit kepada anak kami Aaisyah Dhia Rana juga kian dipenuhi.
Setakat ini nak cakap saya puas hati dengan hasil mendapatkan badan sasa baru 80 peratus. Saya perlu kejar lagi 20 peratus untuk melengkapkan sasaran.
Sememangnya sejak kebelakangan ini lebih ramai orang muda terutamanya yang gemar pergi ke gimnasium untuk menjaga kesihatan mereka. Badan semua tough tough belaka. Saya ingat tahun 2015 nanti pun nak mulakan gaya hidup yang sihat seperti Zain. Mana tahu boleh dapat badan macam pelakon ini. Mesti wife suka. Hehehe. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.