Sering kali tampil seksi tanpa mengenakan baju dalam hingga menampakkan bentuk payu daranya, jelas menunjukkan bintang siri realiti TV Keeping Up With The Kardashians ini berbangga memiliki bentuk badan menggiurkan.
Bagaimanapun, Kim yang juga isteri rapper Kenye West mula dibidas orang ramai yang risau melihatnya mempengaruhi anak gadis zaman sekarang untuk mengambil gambar selfie tak senonoh.
Kim, yang gemar memuatnaik gambar selfie berpakaian separuh bogel dan menayang kemontokan punggungnya dianggap memberi contoh negatif lagi bahaya kepada remaja yang terikut-ikut dengan hobinya mempamerkan tubuh di laman sosial.
Lihatlah antara contoh gambar selfie yang sering dikongsikan Kim kepada lebih 25 juta pengikut di laman sosialnya!
Kim turut dibidas dalam satu perdebatan baru-baru ini ekoran tindakannya mengeksploitasi diri dengan menunjukkan punggung bogel dalam satu majalah.
BACA: Kim Kardashian Buka Baju, Dedah Punggung Untuk Majalah
Ketua Pendakwaraya North West England, Nazir Afzal menerusi kenyataan di portal Dailymail UK berkata, perbuatan Kim membuatkan anak-anak gadis mahu menjadi sepertinya seterusnya memberi impak di mana ia membuka peluang kepada pemangsa untuk mengambil kesempatan.
Gaya seksi Kim dengan tubuh montoknya memang boleh menggoncang nafsu lelaki.
Bayangkan apabila ia ditiru gadis mentah, dah tentulah mengundang niat tak baik lelaki yang melihat hingga boleh membawa kepada zina mahupun jenayah rogol.