Panas... Ibu Bapa Tangkap Anak 15 Tahun Buat ‘Projek’ Dalam Rumah Dengan Teman Lelakinya!!!



Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun kantoi melakukan hubungan seks dengan teman lelaki yang baharu dikenalinya menerusi laman sosial
Facebook, baru-baru ini.


Apa yang lebih dikesalkan ialah ibu bapa gadis itu yang menangkap sendiri perbuatan terkutuk anak mereka bersama pasangannya dalam bilik anak perempuan mereka.

Menurut sumber Harian Metro, kejadian dipercayai berlaku pada 31 Ogos lalu, pada jam 10 malam apabila ibu bapa gadis itu dimaklumkan oleh jiran-jiran mereka mengenai kehadiran sebuah motosikal yang dicurigai di sekitar kejiranan mereka di sebuah tanah rancangan FELDA di Gemencheh, Negeri Sembilan.

Sebaik dimaklumkan jiran mengenai perkara itu, pasangan itu terus membuat pemeriksaan di bilik anak mereka dan alangkah terkejut dan luluh hati mereka melihat anak mereka dan suspek berada dalam keadaan mengaibkan ketika itu.

Sehubungan itu, menurut Ketua Polis Daerah Tampin, Superitendan Wooi Kooi Cheang, suspek lelaki itu kini direman tujuh hari dan pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Gadis itu pula dihantar ke Hospital Tampin untuk pemeriksaan kesihatan. Untuk makluman anda, mengadakan hubungan seks dengan gadis di bawah umur boleh dikenakan hukuman penjara dan denda di atas kesalah merogol walaupun pasangan wanita itu suka sama suka dan rela melakukan hubungan seks.

Contact Form

Name

Email *

Message *