Berita,
Foto,
Gambar,
Hiburan,
Info,
Islam,
Jenayah,
Kisah Benar,
Panas,
Pelik,
Seksi,
Semasa,
tutorial
Edit
Tukang Urut Indon Bila Dah Kena tangkap Khalwat Terus Minta Tinggal Di Malaysia? Ehhh... Senangnya
Tarikh 8 Disember, 2011, merupakan hari bertugas seperti biasa buat Halimah, seorang tukang urut di pusat urutan herba tradisional di George Town, Pulau Pinang.
Sehinggalah wanita warga Indonesia itu didatangi pegawai dari jabatan agama yang menahannya di tempat kerjanya kerana didakwa berkhalwat, satu kesalahan di bawah undang-undang syariah.
Sejak itu, kehidupan wanita Katolik berusia 42 tahun itu berubah dan dihantui sistem perundangan selama dua tahun lapan bulan.
“Saya tidak pernah begitu takut sehingga didatangi pegawai agama. Rasa macam jantung saya berhenti. Mereka menahan saya.
“Mereka kata semuanya akan jadi baik kalau saya kata saya orang Islam. Saya takut dan keliru. Mereka gari dan bawa saya pergi,” katanya kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di tempat kerjanya.
Halimah ditahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dan disoal siasat, sebelum dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000.
Halimah didakwa pada 2 Mei, 2012 dan mengaku salah atas kesalahan khalwat. Dia dipenjara 14 hari dan didenda RM3,000.
“Kemudian baru saya sedar betapa bodohnya saya, susah bila saya buta huruf. Saya tidak faham apa yang berlaku. Saya tidak faham pendakwaan ke atas saya.
“Saya tidak tahu apa hendak buat. Saya tidak ada peguam ketika itu. Saya terlalu gementar, takut. Saya fikir jika saya mengaku bersalah masalah akan selesai,” katanya.
Halimah dan majikannya, Datin Josephine Ong, kemudian mendapatkan khidmat guaman mengetepikan pendakwaan itu apabila menyedari Mahkamah Syariah tidak ada bidang kuasa terhadap orang bukan Islam.
Mereka mencabar keputusan Mahkamah Syariah di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi serta mendapatkan bantuan Konsulat Indonesia di Pulau Pinang. Pihak peguambela berjaya mendapatkan dokumen membuktikan Halimah beragama Kristian, termasuk dokumen pembaptisannya.
Konsul Jeneral Ronald P Manik juga menulis kepada Ketua Hakim Syariah berhubung kes itu.
Selepas sekian lama, Halimah diberikan hak perbicaraan semula apabila Mahkamah Rayuan Syariah mengenepikan keputusan mahkamah rendah dan mahkamah tinggi.
Selasa lepas merupakan tarikh perbicaraan semula, namun sebelum Halimah mengaku tidak bersalah, pihak pendakwaan menggugurkan kes itu dan dia dibebaskan.
“Saya sangat bersyukur ia berakhir, terima kasih semua. Sangat rasa sangat sukar apabila kes itu masih bermain-main di fikiran saya.
“Setiap kali dimaklumkan untuk hadir di mahkamah, saya hilang selera makan. Saya tidak boleh tidur.”
Ibu kepada empat cahaya mata dari Bandung, Indonesia itu mempunyai anak lingkungan 17 tahun hingga 28 tahun dan tidak pernah memaklumkan kepada keluarganya berkenaan kes khalwat itu kerana enggan mereka bimbang akan dirinya.
“Saya mungkin akan ceritakan kepada mereka bagaimana keadaannya bekerja di Malaysia tapi tidak mengenai perkara ini. Mereka risaukan saya. Mereka risau kesihatan saya.
“Apa akan jadi kalau saya beritahu dan mereka melarang saya bekerja di sini? Siapa akan sara keluarga saya?”
Meskipun mengalami insiden sedemikian, Halimah masih bercadang untuk terus tinggal di negara ini.
“Selagi saya sihat, saya akan bekerja di sini kerana keluarga saya memerlukan wang. Bekerja di Malaysia okay,” katanya.
Halimah bekerja di Malaysia selama enam tahun, lima tahun daripadanya dia bekerja dengan Ong.
Setiap bulan, dia menghantar RM1,000 kepada keluarganya. Wang itu bagi menyara ibunya, 73, dua anak perempuannya yang sudah berkahwin, anak perempuan berusia 17 tahun dan cucunya yang berumur 10 tahun.
“Seluruh keluarga saya tinggal di kampung jauh dari bandar. Peluang pekerjaan sangat sedikit. Anak perempuan saya duduk di rumah menjaga ibu saya yang sakit, adik perempuannya dan cucu saya.”
Halimah membesar dalam kemiskinan dan disebabkan begitu miskin, ibu bapanya tidak mampu menghantar anak tunggal mereka itu ke sekolah.
“Saya datang ke Malaysia demi anak-anak. Saya tidak pernah meninggalkan kampung semasa muda. Tetapi kawan-kawa saya bercerita tentang bekerja di sini. Pada mulanya saya enggan kerana takut. Namun keadaan memaksa saya meninggalkan Indonesia.
“Saya bekerja di sawah padi semasa di Indonesia dan menerima RM5 sehari sebagai upah. Ketika musim menuai tamat, saya menjadi buruh. Ketika tiada kerja kami kelaparan,” katanya, sambil menambah keluarganya tidak mampu membeli ikan dan daging.
“Kadang-kadang kami makan ikan masin. Jika tidak, nasi campur telur dan tepung. Itu makanan anak-anak saya. Saya tidak mahu mereka terus dengan kehidupan sebegitu, jadi saya bekerja di sini.”
Halimah bagaimanapun enggan bercakap mengenai suaminya.
“Saya tidak mahu cakap (tentang suami). Sakit hati.”
Selesai sahaja kes itu, dia kini boleh pulang ke kampungnya untuk bertemu dengan keluarga, namun dia berkata perlu mengumpul wang untuk pulang pada tahun hadapan.
“Saya hanya pulang ke kampung dua kali sejak bekerja di sini. Kali terakhir empat tahun lalu. Saya mahu melihat ibu saya. Saya rindukan anak-anak saya dan ingin melihat cucu saya membesar.”
Ong berkata dia gembira kerana Halimah sudah bebas namun insiden berkenaan meninggalkan trauma buatnya.
“Sewaktu pegawai-pegawai itu memasuki premis dan menaiki tangga mencari Halimah, bunyinya seperti kuda berlari ke dalam kedai.
“Kami hanya mampu melihat. Menakutkan. Ia pengalaman buruk buat kami,” kata Ong yang membayar semua yuran guaman Halimah.
Ketika Halimah dibicarakan, mereka tidak tahu apa-apa berkaitan undang-undang syariah atau samada Halimah perlukan seorang Islam bagi menjaminnya.
“Tapi sekarang saya tahu satu dua perkara tentang mahkamah syariah,” kata Ong, dan menambah, mereka mendapatkan khidmat nasihat daripada peguam veteran Cecil Rajendran, yang turut menjadi pemerhati untuk Majlis Peguam dan Pertubuhan Hak Asasi Manusia.
Menjalankan perniagaan pusat urut tradisional selama 10 tahun menyebabkan Ong mengerti premisnya berisiko diserbu pihak berkuasa bila-bila masa.
Disebabkan itu, Ong berkata, dia hanya menggaji pekerja bukan Islam di premisnya daripada Indonesia, Thailand dan China.
“Kami sedar. Kami memastikan kakitangan tidak terlibat dengan perkara bukan-bukan. Kami pun tidak mahu masalah,” katanya.
Cecil berkata, kes Halimah menjadi pengajaran kepada orang Islam dan bukan Islam.
Meskipun mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa terhadap bukan Islam, tiada pembelaan disediakan bagi mereka yang ditahan dan didakwa secara salah di mahkamah syariah.
“Apabila bukan Islam terperangkap dalam kes di mahkamah syariah, dia tidak mempunyai akses kepada peguam bukan Islam atau penjamin bukan Islam.”
Cecil berkata, mahkamah syariah boleh sewenang-wenangnya melanggar undang-undangnya sendiri dan tiada siapa boleh mempertikaikannya kerana akan dianggap subjudis.
Tambahnya lagi, meskipun ada bukti kukuh, hak wanita, pekerja asing dan agama minoriti tertindas dalam kes “pendakwaan meragukan” ke atas Halimah.
“Apa yang berlaku kepada Halimah boleh berlaku kepada mana-mana bukan Islam di Malaysia. Pembebasan Halimah bukan disebabkan undang-undang atau proses perundangan tetapi disebabkan campur tangan konsulat Indonesia.
“Jika Halimah tidak mempunyai majikan yang menyokongnya, dia akan berada di penjara untuk kesalahan yang tidak dilakukannya,” katanya.
“Memandangkan pendakwa tidak menunjukkan bekas kasihan atau menyesal, kami sekarang sedang melihat bagaimana mengelakkan tragedi serupa berulang. Kami mungkin akan memfailkan saman terhadap pihak berkuasa kerana membuat pendakwaan dengan niat jahat.” – The Malaysian Insider