Insan Yang Fikir Mana Baik Dan Buruknya... Hiasan Kereta Sorong Plak Dijadikan ‘Tong Sampah’… Apa Nak Jadile?




ASALNYA, kereta sorong ini dijadikan hiasan untuk lukisan mural anak orang utan di Lebuh India, Jalan Power, Kuching.

Ia merupakan antara hasil tangan pelukis jalanan terkenal dunia, Ernest Zacharevic dan menjadi tarikan ramai pelancong untuk bergambar.



Namun, sikap sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab telah menjadikan ia sebagai ‘tong sampah’, sekaligus mencalarkan imej bandaraya itu.

Menerusi laporan Utusan Borneo, kamera pengawasan (CCTV) di kawasan itu jelas menunjukkan tindakan orang ramai membuang sampah ke dalam kereta sorong tersebut.



Menurut Datuk Bandaraya, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai, orang ramai sepatutnya lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam aspek kebersihan.

“Kita harus menanam perasaan cintakan bandar sekali gus menjadikan bandar raya Kuching sebagai bandar yang cantik, bersih dan selamat,” katanya.

Mungkin selepas ini, pihak Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) perlu meletakkan papan tanda amaran yang menunjukkan perbuatan mereka sedang diawasi menerusi CCTV.

Bayangkan apa perasaan pelancong apabila terpaksa bergambar dengan sampah-sarap…jijik bukan?

Oleh: ELZA

Contact Form

Name

Email *

Message *