Peminat ‘Minta’ Nelydia Dan Qi Razali Nikah Cepat-Cepat Kerana Gambar Asyik Berkepit Je ?



NAMPAKNYA Aidilfitri bukanlah penghalang untuk pasangan bercinta Qi Razali dan Nelydia Senrose daripada dilanda kontroversi.

Jika Ramadhan lalu mereka dikhabarkan bertengkar di sebuah kompleks beli-belah di ibu negara, kali ini kedua-duanya ‘diminta’ bernikah segera oleh beberapa pengikut di laman Instagram kerana gambar raya yang agak mesra.



Sebenarnya bagi kami, gambar tersebut tidaklah keterlaluan jika dibandingkan gambar Nelydia dengan Sharnaaz Ahmad sewaktu berlakon dalam sebuah drama bersiri sebelum ini.

Apapun, mungkin mereka boleh mempertimbangkan ‘permintaan’ para peminat yang berharap kedua-duanya dapat menamatkan zaman bujang mereka.

Yalah, dah sesuai sangat dah tu. Nak tunggu apa lagi, ye dok?




Oleh: ELZA

Contact Form

Name

Email *

Message *