Orang Ramai Dinasihatkan Tidak Kunjungi Betong Untuk Mengelakan Sesuatu Terjadi Tidak Di Ingini



KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, meminta orang ramai supaya mengelakkan diri daripada menuju ke wilayah Betong, dalam masa terdekat, berikutan insiden pengeboman di sana, petang tadi.

Katanya, keadaan di Betong, Thailand, yang terletak bersempadan dengan Pangkalan Hulu, Perak, pada masa ini adalah amat merbahaya dan tidak menentu.

“Saya ingin nasihatkan semua rakyat Malaysia yang mempunyai perancangan ke Betong, untuk melawat saudara-mara dan sahabat handai mereka supaya menangguhkan atau membatalkannya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku ke atas mereka,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi bagi mengulas keadaan semasa di sana. – Berita Harian

Contact Form

Name

Email *

Message *