Nora Danish Tolak Tawaran Lumayan Walaupun Dibayar Ratus Ribu Demi Palestin, Tanda Boikot ?



Tindakan memboikot produk barangan Israel sememangnya sedang giat dijalankan di Malaysia dan juga di negara-negara yang kuat menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi kekejaman tentera Zionis.

Menurut sumber Rotikaya, demi menunjukkan keprihatinannya terhadap nasib rakyat Palestin, pelakon Nora Danish dikhabarkan sanggup menolak tawaran lumayan berupa kontrak menjadi jurucakap dengan jumlah bayaran ratusan ribu ringgit.

Ini kerana produk yang mahu melantik si cantik manis ini dikatakan menjalinkan hubungan secara langsung atau tidak langsung dengan dana kewangan kepada Israel. Wah, memang respeklah kerana ternyata sifat kemanusiaan dan keprihatinan yang tinggi masih lagi menebal dalam diri aktres ini tanpa sekali pun dikelabukan dengan tawaran wang ringgit yang banyak.

Contact Form

Name

Email *

Message *