Makan Nasi Bungkus Kat McDonalds … Ni Betul-betul Perli Boikot ?
Hari ini, antara sekecil-kecil usaha yang dilakukan untuk menyatakan sokongan terhadap penduduk Islam Gaza di Palestin yang sedang ditindas rejim Zionis adalah memboikot produk dari sana yang sedikit sebanyak menyumbang kepada ekonomi Israel.
Antaranya termasuklah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s.
Tapi brader dalam gambar ini didapati telah melangkah setapak ke hadapan apabila dia bukan sahaja memboikot tetapi siap pekena nasi kerabu dan teh o ais bungkus dalam restoran makanan segera tersebut sambil mengenakan selempang menyokong Gaza di bahu.
Kami percaya, ini mungkin hanya satu perbuatan melawak tapi jika dia bermaksud mengolok-olokkan McDonald’s hingga boleh mendatangkan kemarahan pekerja di sana, rasanya memang tak patutlah. Lagi pun agama Islam sendiri tidak suka umatnya berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara apatah lagi memperolokkan orang lain. Betul tak?