Agak Pelik Jugale Bila Segelintir Yang Buat Tak Kisah - Pakai Je T-Shirt Sokong Gaza Tapi ?



Sudah menjadi kebiasaan ramai orang akan terikut-ikut dengan trend semasa baik dari segi fesyen mahu pun apa sahaja.

Dalam isu penindasan tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin Gaza, antara usaha yang giat dijalankan penentang kezaliman seluruh dunia adalah memboikot produk yang memberi keuntungan pada Israel.

Antaranya adalah rangkaian restoran makanan segera McDonald’s.

Boleh dikatakan, inilah sekecil-kecil usaha yang boleh dilakukan apabila kita tak mampu untuk mengusung senjata di Gaza.



Bagaimanapun jika kita menyatakan sokongan terhadap Gaza namun pada masa sama kelihatan melahap produk yang menyumbang kepada pembelian senjata yang menyembelih saudara seislam kita di sana sebagaimana dilakukan brader dalam gambar di atas, bukankah nampak agak pelik di situ?


Sebenarnya kalau tidak kerana t-shirt yang dipakai, perbuatan makan di restoran makanan segera tersebut tidaklah nampak janggal pun.

Jadi, pastikan anda benar-benar faham apa yang anda perjuangkan sebelum menyatakan sokongan terhadap satu-satu perkara. Tidaklah nanti anda dikatakan hanya mengikut trend semata-mata. Namun untuk bersangka baik, mungkin juga brader dalam gambar ni tidak rela makan di restoran makanan segera tersebut tapi telah dipaksa oleh aweknya.. -

Contact Form

Name

Email *

Message *