Kekejaman Dari Tangan-Tangan Manusia Yang Tak Berperikemanusian... Dasar Hati Mati, Janin Dibuang Merata-rata tempat Termasuk Dalam Tong Sampah KF Gak! Tengokle..




Allahuakbar.. tak habis-habis lagi kisah buang bayi di negara tercinta kita ini.

Apa yang menyedihkan sudahlah bayi tak berdosa ini tidak dikebumikan dengan betul malah dibuang pula di lokasi kotor yang silap hari bulan tempat anjing mencari makanan.

Terbaru satu janin ditemui dalam plastik sampah hitam di Bahau, Negeri Sembilan.

Ada yang menyatakan lokasi lebih tepat adalah tong sampah di belakang sebuah restoran makanan segera namun kesahihannya tak dapat dipastikan.


Apa yang nyata ini adalah satu perbuatan hina lagi terkutuk. Menjelang 31 Ogos ini, diharapkan pihak berkenaan memantau aktiviti anak muda pada malam cuti umum kelak agar sembilan bulan dari sekarang tak ada kejadian janin dalam plastik sampah seperti ini ditemui lagi.

Contact Form

Name

Email *

Message *