GAMBAR : Gaya…. Kanak-Kanak Indonesia Bila Dapat Sedup Rokok Betapa Nikmatnya? Cuba Tengok..




Di Indonesia, 30 peratus kanak-kanak dikatakan mengaku telah mula menghisap rokok sebelum usia mereka mencapai 10 tahun. Di negara itu juga, dikatakan rakyatnya lebih daripada separuh menghisap rokok.

Majoriti pula daripada kumpulan yang menghisap rokok di Indonesia pula memilih untuk menghisap rokok kretek iaitu rokok yang dihasilkan secara sembunyi dan di seludup untuk dijual.

Statistik kematian di Indonesia pula merekodkan lebih 300,000 orang meninggal dunia kerana penyakit dan komplikasi berkaitan rokok.

Masalahnya ialah, kerajaan Republik Indonesia tidak mengenakan sebarang sekatan penjualannya kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.


Di laman web seorang jurugambar Michellesiu, dikongsikan rangkaian foto yang dirakamkannya yang menggambarkan dengan jelas betapa teruknya masalah perokok dalam kalangan kanak-kanak bawah umur di negara itu.

Ada yang dilihat merokok dengan memakai baju sekolah dan gaya mereka tidak ubah seperti orang dewasa.



Di peringkat global, Indonesia menduduki tangga ke-4 bagi negara dengan statistik jualan rokok tertinggi dengan 168 bilion rokok dihisap.

Michelle menamakan rangkaian gambar-gambar itu dengan nama Malboro Boys yang memang unik dan menyedihkan. Di Malaysia, kerajaan mengenakan cukai yang tinggi kepada rokok dan juga mengharamkan penjualan bahan berbahaya berkenaan kepada kanak-kanak.

Contact Form

Name

Email *

Message *