Boikot Israel: Kini Kafe Di Subang Jaya Ganti Milo Kepada Vico ?



Meskipun kemelut menimpa penduduk Gaza di Palestin sudah lama, kali ini impaknya agak luar biasa apabila ia telah berjaya mewujudkan satu soladiriti seluruh dunia untuk menentang kezaliman dilakukan tentera Zionis Israel.

Di Malaysia kempen memboikot produk yang berasal dari Israel dilihat semakin kukuh apabila ia mendapat sokongan ramai dan ditunjukkan secara terbuka.

Sebagai contoh, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub melakukan tindakan yang berani dan terpuji apabila memaklumkan kepada umum telah membatalkan penggunaan kad kredit sebuah bank asing.

Ia sebagai tanda protes selepas bank berkenaan menutup akaun pertubuhan yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.



Sementara itu di Subang Jaya, Kafe Bawang Merah dilihat meletakkan kenyataan bahawa restoran tersebut menggantikan minuman Milo dan Nescafe kepada Vico dan Indocafe.


Tindakan ini dipercayai kerana jenama minuman yang biasa digunakan itu merupakan keluaran syarikat yang mempunyai perdagangan kukuh dengan Israel jadi ia digantikan kepada produk tempatan.

Mungkin inilah sekecil-kecil sumbangan yang boleh dilakukan kafe Bawang Merah bagi mengutuk kezaliman Zionis Israel dan kami salut dengan usaha ini. Bagaimana pula dengan anda?

Contact Form

Name

Email *

Message *