Betul Ke Duyung Ni Benar-Benar Wujud.... Cuba Tengok Bukti Gambar Yang Tersebar ?



Apabila disebut duyung, ia merujuk kepada perempuan berwajah cantik namun berbadan ikan.

Oleh sebab tidak ada bukti sahih duyung benar-benar wujud meski pun ia diceritakan dalam banyak kisah penglipur lara di banyak negara, duyung dianggap cuma mitos dan watak rekaan semata-mata.

Bagaimana pun sejak awal bulan ini, beberapa keping gambar didakwa menjadi bukti kewujudan duyung telah tersebar di laman-laman siber dan giat dikongsikan di
Twitter seluruh dunia.



Di Malaysia, gambar-gambar ini juga sudah mula beredar di laman sosial. Bagi ‘menyedapkan’ cerita ada pula yang pandai-pandai berkata duyung ini ditemui terdampar di Pantai Kudat, Sabah.








Bagaimana pun selepas gigih melakukan carian di internet, penulis mendapati bangkai duyung ini sebenarnya cuma arca untuk penggambaran filem
Pirates of the Caribbean On Stranger Tides (2011).

Ia dihasilkan oleh juru solek inovatif terkenal
Hollywood, Joel Harlow.

Harlow telah diberi tanggung jawab menyolek banyak watak aneh dalam filem Hollywood termasuk How the Grinch stole Christmas, A.I. Artificial Intelligence, Planet of the Apes, Constantine dan Pirates of the Caribbean: The Curse of the Black Pearl.



Kami tahu ramai berharap duyung adalah kisah benar namun sehingga ke hari ini terimalah hakikat bahawa kesemua bukti tentang duyung masih diragukan kesahihannya. Begitu pun kewujudan duyung tidak boleh ditolak kerana mungkin kita yang masih belum menemuinya.

Contact Form

Name

Email *

Message *