Zalim Sungguh, Apa Nak Jadi ? Kucing Parah Dicampak Dari Bangunan Tinggi !



KIRA-KIRA dua hari lalu, seekor kucing ditemui dalam keadaan cedera parah dipercayai dicampak dari bangunan tinggi di Hougang Ave 8, Singapura.

Maklumat mengenainya telah dikongsikan menerusi Facebook Yishun 326 Tabby Cat dan turut mendapat simpati ramai.

Ia turut menyebut kucing yang dinamakan Arial itu mengalami beberapa kecederaan termasuklah:

Pelvis terkehel
Rahang patah
Tulang belakang patah
Patah kaki kanan bahagian depan
Kebarangkalian pundi kencing terkoyak
Kebarangkalian mengalami kecederaan dalaman

Sehingga semalam, Arial masih mengalami pendarahan di bahagian mulut akibat keretakan rahangnya.




Kucing tersebut juga telah dihantar ke bahagian kecemasan Hospital Veterinar Mount Pleasant.

Bagaimanapun, status terbaru di akaun itu menyatakan pendarahan Arial sudah berjaya dihentikan, namun ia masih dalam keadaan sakit dan terpaksa menggunakan tiub untuk makan.



Biarpun ia cuma seekor kucing, namun tidak salah untuk kita mendoakan agar Arial akan sembuh dan kembali sihat seperti sediakala.

Apapun, kami masih tertanya-tanya siapakah individu yang mencampakkan kucing ini? Tak berhati perut sungguh…

Oleh: ELZA

Contact Form

Name

Email *

Message *