Luahan Anak Linda Rafar Sebelum Meninggal Dunia ?


Apabila seseorang itu dijangkiti penyakit yang berbahaya, biasanya akan terdetik di hati mereka sendiri bahawa satu hari nanti mereka akan pergi meninggalkan orang-orang tersayang.

Biasanya, mereka akan cenderung untuk menitipkan kisah kesakitan dan kepayahan yang dilalui untuk tatapan keluarga dan teman rapat apabila mereka meninggal dunia kelak.

Laman portal hiburan, murai.com.my memaparkan dua helai nota luahan ditulis oleh anak Linda Rafar, Allahyarham Rezaimen Kefli berkisahkan penderitaannya menghidap barah.

Biarpun, Allahyarham baru berusia 12 tahun, bagaimanapun dia kuat dan kental dalam mengharungi kesakitan yang dialami termasuk kesusahan ketika menjalani rawatan sejak enam bulan lalu.

Dalam coretan itu, Allahyarham yang lebih mesra dipanggil Memen menceritkan pengalamannya apabila mengakui sakit ketika menerima rawatan apabila dicucuk dibahagian anggota badannya. Termasuk rawatan cuci darah dan buah pinggang yang dilalui anak kecil itu.

Antara lain, Memen turut berkongsi mengenai biodata diri dan hobi abang dan adiknya yang gemarkan bersukan seperti bola sepak dan olahraga.


Menerusi tulisan itu menunjukkan, Arwah Memen sangat sayang dan rapat dengan adik-beradiknya.

Lebih menyentuh hati, Arwah Memen turut mengucapkan terima-kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatannya sebelum ini.

Buat adik Memen, semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah.

Arwah Memen meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) akibat penyakit kanser perut pada jam 5.30 petang, 5 Julai lepas.

Jenazah anak kedua daripada empat beradik itu telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.
Oleh : IKA

Contact Form

Name

Email *

Message *