Russia Yang Bekalkan Senjata, Ajar Cara Tembak Pesawat – Perisik AS !!!



Pegawai Perisik Amerika Syarikat mendedahkan, Moscow bertanggung jawab mencipta keadaan yang menyumbang kepada insiden pesawat MH17 ditembak jatuh puak pemisah di Timur Ukraine 17 Julai lalu.

Russia didakwa memberikan latihan ketenteraan kepada puak pemisah termasuk cara menggunakan peluru berpandu yang telah digunakan untuk menembak hampir dua belas pesawat dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Sedangkan tentera Ukraine yang memerangi puak pemisah pro Russia ini, dikatakan tidak pernah melakukan serangan ke udara memandangkan peperangan mereka dengan puak pemisah hanya melibatkan pertempuran di darat.

Antara bukti dibentangkan pihak perisik AS bagi menyokong kenyataan mereka termasuk status di Facebook yang sudah dipadamkan puak pemisah berkaitan pelancaran peluru berpandu Buk (SA-11) dan tembakan yang dilepaskan pada pesawat oleh mereka pada hari kejadian.

Malah di saat tumpuan dunia tertumpu pada kaitan hubungan antara Moscow dan puak pemisah di Ukraine, perisik AS mendakwa negara ini masih terus menyalurkan senjata termasuk pelancar roket dan kereta kebal selain latihan ketenteraan.




Begitu pun pihak kedutaan AS dilihat cuba menghentikan kritikan terbuka perisik mereka terhadap Russia apabila mengeluarkan satu kenyataan rasmi semalam bahawa laporan penyiasatan mendapati pesawat MAS kemungkinan ditembak jatuh tanpa disengajakan.

Dari segi lain, kenyataan dikeluarkan ini mengesahkan maklumat diberi duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Samantha Power, Jumaat lalu bahawa peluru berpandu anti-pesawat Buk (SA-11) adalah senjata yang digunakan puak pemisah untuk menembak jatuh MH17 adalah sahih. (REM RAMZI)

Sumber: The Guardian

Contact Form

Name

Email *

Message *