JAKIM Bertemu Timb. Mufti Ukraine Bagi Membincangkan Cara Untuk Urus Jenazah
Petugas JAKIM membuat kunjungan ke Masjid Ar Rahmah untuk mengadakan perbincangan dgn Syeikh Khusameddin Khalavani iaitu Timbalan Mufti Ukraine juga dari The Religious Administration Of Muslim Ukrainian.
Ini bagi membincangkan kemungkinan menguruskan jenazah di Masjid tersebut, mengadakan solat jenazah dan meminta kerjasama untuk membantu apa juga keperluan yang diperlukan.
InsyaAllah jenazah yang beragama Islam akan dikafan di masjid ini.