PM Ucap Tahniah Atas Kejayaan Mohd Hafifi Raih Emas Pertama ?


 


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada atlet angkat berat kebangsaan, Mohd Hafifi Mansor atas kejayaan meraih pingat emas pertama buat negara pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di Glasgow, Scotland.

Perdana Menteri berharap kejayaan Mohd Hafifi itu menjadi pembakar semangat buat kontinjen Malaysia.


“Syabas @keteng77 atas pingat emas pertama Malaysia di #Glasgow2014!. Moga-moga beri lebih semangat untuk pasukan kita,” kata Najib dalam catatan di laman Twitter beliau.

Mohd Hafifi, 24, peserta kategori 69 kg, menampilkan aksi cemerlang dengan jumlah angkatan 305 kg menerusi snatch 135 kg dan clean & jerk 170 kg pada final di Scottish Exhibition and Conference Centre. – BERNAMA

Contact Form

Name

Email *

Message *